html,body{ scrollbar-face-color:#3F90D8; scrollbar-shadow-color:#3F90D8; scrollbar-highlight-color:#3F90D8; scrollbar-3dlight-color:#3F90D8; scrollbar-darkshadow-color:#3F90D8; scrollbar-track-color:#00B4F3; scrollbar-arrow-color:#48515A; scrollbar-base-color:#00B4F3; } td{ font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; color:#E1FCFC; } .mnbdy{ background-color:#00B4F3; overflow:auto; padding:2px; margin:0px; } .fmbdy{ background-color:#00B4F3; padding:2px; margin:0px; } A:link{ text-decoration:none; color:#90F3F3; } A:visited{ text-decoration:none; color:#90F3F3; } A:active{ text-decoration:underline; color:#FFFFFF; } A:hover{ text-decoration:underline; color:#FFFFFF; } .hbtbl{ table-layout:fixed; word-wrap:break-word; overflow:hidden; } .stxt{ background-color:#00B4F3; color:#E1FCFC; } .stxt2{ background-color:#3F90D8; color:#BDEAFC; } .dtxt{ color:#BDEAFC; font-size:7pt; text-align:right; } .dtxt2{ color:#BDEAFC; font-size:7pt; text-align:right; } .pn_std{ } .pn_reg{ } .pn_mod{ } .pn_adm{ } .cfrm{ margin-bottom:0px; } .frmtb{ padding-left:3px; padding-right:3px; font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; background-color:#3F90D8; border:#48515A 1px solid; color:#E1FCFC; margin: 1px 2px 1px 2px; } .frmbtn{ font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; background-color:#3F90D8; border:#48515A 1px solid; color:#FFFFFF; font-weight:bold; padding-left:3px; padding-right:3px; vertical-align:top; margin: 2px 2px 2px 2px; } .lnk{ color:#90F3F3; } .pic{ width:45px; height:45px; margin-left:-2px; margin-right:0px; padding-right:2px; float:left; }

Folio Sejarah Form 3 2011 ( Pihak Berkuasa Tempatan )



Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
( MPS )
NAMA : Munirah binti Mohammad Nazri.
No. Kad Pengenalan : 960224-10-6428.
Tingkatan : 3 Arif.
Nama Guru : Puan Rosmaini binti Yusof.

TANDATANGAN MURID,                                                          TANDATANGAN GURU,

(Munirah Binti Mohammad Nazri)                                                 (Puan Rosmaini binti Yusof)

ELEMEN 1 :


MENGUMPUL FAKTA SEJARAH





AKHBAR




MAJALAH


MELAWAT TEMPAT KAJIAN

ORANG SUMBER

Temu Bual
Saya                : Assalamualaikum Tuan.
Pegawai           : Waalaikumussalam.
Saya                : Bolehkah saya menemubual encik tentang Majlis Perbandaran Selayang ?
Pegawai           : Sudah tentu boleh.
Saya                : Bilakah MPS ditubuhkan?
Pegawai           : Pada 1 Januari 1997.
Saya                : Apakah visi MPS dan misi MPS?
Pegawai           : Visi MPS adalah untuk menjadikan Selayang kawasan perbandaran yang selesa didiami, kondusif untuk perdagangan dan selamat untuk semua. Manakala misi MPS adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, efektif, dan berkualiti.
Saya                : Apakah objektif penubuhan MPS ?
Pegawai           : memberi perkhidmatan bandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133, dan Akta 172. Selain itu, MPS juga turut menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi, dan social yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Saya                : Sebelum ini, MPS dikenali sebagai apa?
Pegawai           : MPS pada mulanya dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak ataupun MPG.
Saya                : Apakah bunga rasmi bagi MPS?
Pegawai           : Bunga rasmi MPS adalah bunga Siantan ataupun nama botaninya ialah Ikora.
Saya                : Baiklah encik, terima kasih banyak-banyak kerana sudi ditemubual.
Pegawai           : Sama-sama.










INTERNET





ELEMEN 2 :
MEREKOD FAKTA SEJARAH




TAJUK :



PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Perbandaran Selayang
( MPS )


Senarai kandungan
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
Tajuk Kajian

2
Senarai Kandungan

3
Penghargaan

4
Objektif Kajian

5
Kaedah Kajian

6
Hasil Kajian


1.      Institut Pentadbiran Tempatan


a)      Nama rasmi / Nama Ringkas / Nama Lain


b)      Lokasi


c)      Matlamat / Objektif / Misi / Visi Penubuhan


d)      Carta organisasi dan senarai pentadbir


2.      Latar Belakang


a)      Sejarah penubuhan (Asal-usul / Tarikh / Pengasas)


b)      Undang-undang Tubuh / Undang-undang Kecil / Garis Panduan Penubuhan


c)      Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir


d)      Cara pelantikan pentadbir tempatan


3.      Peranan


a)      Keagamaan


b)      Kemasyarakatan


c)      Perayaan


d)      Kebajikan


4.      Perkembangan


a)      Sumber Kewangan


b)      Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan


c)      Kemajuan yang dicapai


d)      Cabaran yang dihadapi

7
Rumusan

8
Lampiran

9
Rujukan





PENGHARGAAN
          Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan folio ini dengan sempurna.
          Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung. Bantuan, tunjuk ajar, dan dorongan yang diberikan telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya.
          Sekalung penghargaan juga kepada ibu bapa saya MOHAMMAD NAZRI BIN MUHAMAD NOR dan MAHFUDZAH BINTI ABDUL RAHMAN kerana membantu saya dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada guru sejarah saya PUAN ROSMAINI BINTI YUSOF kerana memberi tunjuk ajar dan panduan yang jelas kepada saya.
          Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya NOOR HASHIRA BINTI MINHAD kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.







OBJEKTIF KAJIAN

           Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negara ini. Pihak Berkuasa Tempatan yang saya pilih ialah Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ). Kajian saya merangkumi objektif-objektif seperti berikut.

          Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang, peranan, dan perkembangan Majlis Perbandaran Selayang.

          Selain itu, melalui kajian ini juga saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai sumbangan Majlis Perbandaran Selayang kepada masyarakat setempat.

          Akhir sekali, kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa Pihak Berkuasa Tempatan amat penting kepada masyarakat setempat.


KAEDAH KAJIAN
          Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah saya telah menggunakan keratin akhbar Sinar yang bertarikh   28 Februari 2011, halaman 6 dan akhbar Sinar yang bertarikh 11 Februari 2011, halaman 8.
          Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah mengkaji majalah iaitu buletin MPS, Selayangku Sayang keluaran bulan September-Disember 2008 dari muka surat 5 hingga 13.
          Seterusnya, saya telah menemubual Encik Munsi Bin Yusof, 49 tahun iaitu salah seorang pegawai MPS yang beralamat di Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
          Dalam pada itu, saya juga telah melawat tempat kajian. Sya telah melawat Majlis Perbandaran Selayang bagi melihat keunikan seni binanya.
          Akhir sekali, saya juga turut melayari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan. Antara laman web yang telah saya layari ialah http://www.mps.gov.my/backgrounds, http://www.mps.gov.my/logo, http://www.mps.gov.my/client, http://www.mps.gov.my/function.
HASIL KAJIAN
1)    Institusi Pentadbiran Tempatan

1.     Nama rasmi / nama ringkas / nama lain
Majlis Perbandaran Selayang atau lebih dikenali sebagai MPS.

2. Lokasi
         Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

       3.   Matlamat / Objektif / Misi / Visi Penubuhan
          Matlamat penubuhan MPS ialah untuk memberi perkhidmatan bandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133, dan Akta 172. Selain itu, MPS juga turut menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi, dan social yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
         Misi MPS pula ialah menyediakan perkhidmatan yang cekap, efektif, dan berkualiti.
         Visi MPS pula ialah menjadikan Selayang kawasan perbandaran yang selesa didiami, kondusif untuk perdagangan dan selamat untuk semua.





4. Carta Organisai dan Senarai Pentadbiran
http://mpsdev.skali-mps.net/image/image_gallery?uuid=b6d6257f-025c-4c1a-8356-54dc1c5b5682&groupId=25670&t=1294834554178





2)    Latar Belakang

1.     Sejarah Penubuhan
         Majlis Perbandaran Selayang atau lebih dikenali sebagai MPS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Terdahulu nama majlis ini ialah Majlis Perbandaran Gombak ( MPG ) yang telah ditubuhkan di bawah akta 171, akta kerajaan tempatan 1976 sebelum namanya ditukarkan kepada Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ). Pengasas MPS ialah Encik Zainal Abidin bin Azim.

2.     Undang-Undang Tubuh Kerajaan / Undang-Undang Kecil / Garis Panduan Penubuhan

         Antara Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Undang-undang Kecil ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ), Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Akta Penilai, Penaksiran Ejen Harta Tanah 1981, Akta Kanun Tanah Negara 1965, dan juga Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1980 ( Akta 267 ).
         Garis panduan penubuhan MPS ialah Perintah Am, Arahan Perkhidmatan, Arahan Perbendaharaan dan Arahan Keselamatan.

Perincian Peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir

               Zulaini Binti Abu Talib bekerja pada bahagian Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. Mohd. Affandi bin Abdul Ghani bekerja pada bahagian Jabatan Taman dan Rekreasi. HJ.Azam bin Mohamad bekerja pada bahagian Jabatan Bangunan. Dr. Razif bin Zainal Abidin bekerja pada bahagian Jabatan Kesihatan. Affendei bin Samingan bekerja pada

bahagian Jabatan Pelesenan. Othman bin Idris bekerja pada bahagian Jabatan Kejuruteraan. Awang Mustafa bin Md.Yunus bekerja pada bahagian Jabatan Belia dan Sukan. Mohamad Zin bin Masoad bekerja pada bahagian Jabatan Perhubungan Awam dan Perancang Korporat. Norshima binti Norzlan bekerja pada bahagian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Azmi bin Ismail bekerja pada bahagian Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan. HJ. Azhar bin Samsuri bekerja pada bahagian Jabatan Perbendaharaan. Hairuddin bin Daud bekerja pada bahagian Jabatan Perkhidmatan Bandar danAlam Sekitar. Abd.Razak bin Ahmad bekerja pada bahagian Perundangan. Hafizan bin Khamis bekerja pada Bahagian Perolehan. Norhayati binti Ahmad bekerja pada Bahagian Audit Dalam. Aminuddin bin Hussein bekerja sebagai Unit Pusat Setempat. Rosmaini bin Salleh bekerja sebagai Unit Selenggara Bangunan. Roslina binti Mohd.Shah bekerja sebagai Urus Setia.

Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan

MPS telah ditadbir oleh yang dipertua, kemudian timbalannya ialah Encik Mohd Jaid bin Haji Ehsan. Kemudian,  Zulaini Binti Abu Talib bekerja pada bahagian Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. Mohd. Affandi bin Abdul Ghani bekerja pada bahagian Jabatan Taman dan Rekreasi. HJ.Azam bin Mohamad bekerja pada bahagian Jabatan Bangunan. Dr. Razif bin Zainal Abidin bekerja pada bahagian Jabatan Kesihatan. Affendei bin Samingan bekerja pada bahagian Jabatan Pelesenan. Othman bin Idris bekerja pada bahagian Jabatan Kejuruteraan. Awang Mustafa bin Md.Yunus bekerja pada bahagian Jabatan Belia dan Sukan. Mohamad Zin bin Masoad bekerja pada bahagian Jabatan Perhubungan Awam dan Perancang Korporat. Norshima binti Norzlan bekerja pada bahagian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Azmi bin Ismail bekerja pada bahagian Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan. HJ. Azhar bin Samsuri bekerja pada bahagian Jabatan Perbendaharaan. Hairuddin bin Daud bekerja pada bahagian Jabatan Perkhidmatan Bandar danAlam Sekitar. Abd.Razak bin Ahmad bekerja pada bahagian Perundangan. Hafizan bin Khamis bekerja pada Bahagian Perolehan. Norhayati binti Ahmad bekerja pada Bahagian Audit Dalam. Aminuddin bin Hussein bekerja sebagai Unit Pusat Setempat. Rosmaini bin Salleh bekerja sebagai Unit Selenggara Bangunan. Roslina binti Mohd.Shah bekerja sebagai Urus Setia.



3 ) Peranan


1. Keagamaan
          MPS amat menitikberatkan keagamaan. MPS telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat MPS dengan kerjasama Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS. Dalam sambutan ini, MPS memberikan ceramah agama kepada masyarakat.

2. Kemasyarakatan
          MPS telah banyak membantu masyarakat dalam mengatasi masalah. Antara sumbangan MPS kepada masyarakat ialah membantu melupuskan sampah sarap dalam satu operasi setelah mendapat aduan daripada penduduk setempat. Selain itu, MPS juga membantu dalam memantau sungai-sungai dalam satu kempen ‘Cintai Alam Sekitar’ dan baru-baru ini MPS juga mengembalikan hak air kepada rakyat. Seterusnya, MPS juga menganjurkan aktiviti gotong-royong perdana peringkat MPS.

3. Perayaan
          MPS juga telah mengeratkan hubungan sesama kaum. Ini dapat dilihat apabila MPS menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan ‘Program Rumah Terbuka Aidilfitri’ pada tahun 2009 dan semua kaum dijemput hadir. Selain itu, MPS juga menyambut sambutan Hari Deepavali dengan menganjurkan ‘Karnival Deepavali MPS’ pada tahun 2010 serta menjemput semua lapisan masyarakat untuk menghadirinya.

4. Kebajikan
          MPS juga menjaga kebajikan masyarakat dengan memberikan pelekat kenderaan khas kepada golongan OKU. Selain itu, MPS juga membantu penduduk luar dengan melancarkan kutipan derma bagi meringankan penderitaan penduduk Gaza.


4 ) Perkembangan

1. Sumber Kewangan
          MPS mendapat sumber pendapatan mereka dengan menyewakan gerai-gerai dan dewan-dewan yang dilengkapi kemudahan asas. Selain itu, mereka juga mendapat sumber pendapatan melalui pusat siber MPS dan pusat gimnasium MPS serta daripada pembayaran cukai yang telah dibayar oleh masyarakat.

2. Keistimewaan/Kelebihan/Keunikan
          MPS telah memberikan dan meningkatkan pelbagai keistimewaan kepada penduduk setempat. Antaranya, MPS telah menyewakan gerai-gerai untuk membantu penduduk menjana pendapatan. Selain itu, MPS juga menyewakan dewan, padang, pasar, Kompleks Muhibah, stadium, pusat siber, dan gimnasium untuk kegunaan ramai. Selain itu, MPS juga menyediakan rumah kebajikan untuk para OKU.

3. Kemajuan yang dicapai
          MPS telah banyak mencapai kemajuan. Antaranya ialah pembukaan terminal bas bagi memudahkan penumpang. Selain itu, MPS juga telah menubuhkan Koperasi MPS ( KOMAS ) untuk menambahbaikkan tahap ekonomi kakitangan-kakitangan MPS.

4. Cabaran yang dihadapi
          Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh MPS untuk mengatasi pelbagai aduan yang telah diterima daripada rakyat. Antara aduan yang harus diselesaikan oleh MPS ialah kesesakan lalulintas, masalah longkang tersumbat dan tidak ditutup, kadar jenayah yang semakin meningkat, masalah banjir, masalah sampah, masalah warga asing, masalah jalan berlubang dan pelbagai lagi.


RUMUSAN      
            Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengalaman yang boleh ditimba oleh setiap pelajar apabila menyiapkan kerja kurusus ini.

          Dalam pada itu, saya dapati masyarakat di negara kita sememangnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Contohnya dalam pembayaran cukai.

          Akhir sekali, saya juga dapat melihat Majlis Perbandaran Selayang sangat bertanggungjawab terhadap pembangunan, ekonomi, kewangan, kemudahan, dan sebagainya dalam memajukan daerah atau kawasannya.







LAMPIRAN













RUJUKAN
1 ) Akhbar

          Akhbar Sinar, 28 Februari 2011, halaman 6.
           Akhbar Sinar, 11 Februari 2011, halaman 8.

2 ) Majalah

          Buletin MPS, Selayangku Sayang, keluaran bulan September-Disember 2008, muka surat 5 hingga 13.

3 ) Orang Sumber

          Encik Munsi Bin Yusof, 49 tahun, Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.


4 ) Melawat Tempat Kajian

          Jabatan Perancang Bandar,
           Majlis Perbandaran Selayang,
           Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
           68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

5 ) Internet

           http://www.mps.gov.my/logo
           http://www.mps.gov.my/client
           http://www.mps.gov.my/function









ELEMEN 3:
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

ESEI
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasionaldi negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklahdihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yangdihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yangberjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan, maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.




dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

20 ulasan:

  1. hebat!! thanks <3

    BalasPadam
  2. anda orang pertama menghargainya , sob sob , terharu , haha , wlcom der

    BalasPadam
  3. ni kalo tiru 100%...
    kantoi x rase nye...

    BalasPadam
  4. cikgu tak rajin nak cek ayat smeke tak ;)

    BalasPadam
  5. < --[if !supportLists]-->

    pe maks0d dy ?? xphm r ..

    BalasPadam
  6. ala...kdkt tol la..

    BalasPadam
  7. nk copy???????????
    please

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmmm betul lahhh....????

      Padam
  8. tetek ko besar x..
    kalo besar boleh x kalo aq perah kan..

    BalasPadam
  9. wooooo~~ gnas nye bhase ko.. xde yg indah lag kew?
    anyway.. thanks 4 the esei~~ sng krje ak nk bwt... hahaha!! xD

    BalasPadam
  10. ape ?? nak copy ?? sorry lu naik lori dulu keyh ?? ;))

    HAHAHAHAHAHAHA BAEK PNYE MESEJ......
    TAPI AKU TETAP BOLE GUNE Ctrl + C UNTOK COPY :p

    BalasPadam
  11. weiiiiii ... mintak copy leh XD

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Alohaaaa ^^

Sihat ??

Kalau sihat , rajin2lah tinggalkan commnet xD

1 pun jadik lahhh ,TEHEE