html,body{ scrollbar-face-color:#3F90D8; scrollbar-shadow-color:#3F90D8; scrollbar-highlight-color:#3F90D8; scrollbar-3dlight-color:#3F90D8; scrollbar-darkshadow-color:#3F90D8; scrollbar-track-color:#00B4F3; scrollbar-arrow-color:#48515A; scrollbar-base-color:#00B4F3; } td{ font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; color:#E1FCFC; } .mnbdy{ background-color:#00B4F3; overflow:auto; padding:2px; margin:0px; } .fmbdy{ background-color:#00B4F3; padding:2px; margin:0px; } A:link{ text-decoration:none; color:#90F3F3; } A:visited{ text-decoration:none; color:#90F3F3; } A:active{ text-decoration:underline; color:#FFFFFF; } A:hover{ text-decoration:underline; color:#FFFFFF; } .hbtbl{ table-layout:fixed; word-wrap:break-word; overflow:hidden; } .stxt{ background-color:#00B4F3; color:#E1FCFC; } .stxt2{ background-color:#3F90D8; color:#BDEAFC; } .dtxt{ color:#BDEAFC; font-size:7pt; text-align:right; } .dtxt2{ color:#BDEAFC; font-size:7pt; text-align:right; } .pn_std{ } .pn_reg{ } .pn_mod{ } .pn_adm{ } .cfrm{ margin-bottom:0px; } .frmtb{ padding-left:3px; padding-right:3px; font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; background-color:#3F90D8; border:#48515A 1px solid; color:#E1FCFC; margin: 1px 2px 1px 2px; } .frmbtn{ font-family:Arial, sans-serif; font-size:8pt; background-color:#3F90D8; border:#48515A 1px solid; color:#FFFFFF; font-weight:bold; padding-left:3px; padding-right:3px; vertical-align:top; margin: 2px 2px 2px 2px; } .lnk{ color:#90F3F3; } .pic{ width:45px; height:45px; margin-left:-2px; margin-right:0px; padding-right:2px; float:left; }

Siapa yang Berminat Nak Jadi Penulis

Siapa kat sini yang nak berminat jadi penulis ?? Ok , aku tahu ramai yang teringin nak jadi penulis , tapi tatahu camne kan , so, ak bagi langkah2 untuk jadi penulis for pts :

Sila hantar kertas cadangan korang kepada pts mengikut butiran berikut:

1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli

Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:

PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular. Emel kepada ptsmillennia@pts.com.my

PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Emel kepada ptsprofessional@pts.com.my.

PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak dan remaja. Emel kepada ptsone@pts.com.my

PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa. Emel kepada ptslitera@pts.com.my

PTS Islamika Sdn Bhd menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan dan bahasa moden. Emel kepada ptsislamika@pts.com.my

Sila hubungi editor mengikut kesesuaian topik korang seperti berikut:

PTS Millennia Sdn. Bhd
Menerbitkan buku-buku popular dalam pelbagai kategori. Kategori terlibat adalah;
  • Motivasi dan pembangunan diri remaja hingga dewasa
  • Kekeluargaan dan keibubapaan
  • Dakwah dan Islam kontemporari
  • Perhubungan dan cinta
  • Buku langkah demi langkah (D.I.Y)
  • Kesihatan dan gaya hidup
  • Autobiografi tokoh terkenal dan popular
  • Buku masakan

Hubungi:
En Mohd Ikram Wazir, emel : ikram@pts.com.my
H/P: 016-661 1649
Produk umum lelaki, En. Muhamad Syarafuddin Sulaiman, emel: syarafuddin@pts.com.my
Produk umum wanita & motivasi remaja, Norashikin Wahid, emel: ashikin@pts.com.my
Produk DIY & masakan, Norzilawati Sidek, emal: norzilawati@pts.com.my


PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku bisnes dan pengurusan seperti motivasi bisnes, kepimpinan, kewangan, pemasaran, sumber manusia, jualan, keusahawanan, pembangunan kerjaya, fiksyen bisnes dan fiksyen kerjaya.
Hubungi:
En. Aizat Abdul Razak
Editor, Buku Bisnes dan Pengurusan, emel: aizat@pts.com.my
H/P: 016-661 2017
Menerbitkan buku pendidikan seperti prasekolah, pendidikan khas, kamus, pedagogi, bahasa, pengurusan sekolah, pendidikan tinggi, kurikulum, bimbingan & kaunseling, teknologi pendidikan dan pembangunan profesion guru.
Buku pendidikan, En. Mohd Yusry Mohamad Yusopp, emel: yusry@pts.com.my
Terjemahan buku bisnes, Cik Fatin Farhana Hasan, emel: fatin@pts.com.my
Buku prasekolah dan novel remaja, Cik Rashiela Nurain Rashid, emel: shiela@pts.com.my

PTS One Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku-buku kanak-kanak dan remaja.
Hubungi:
Kanak-kanak, Rasmawati Abdul Muin, emel: rasmawati@pts.com.my
Remaja, Haryani Kamilan, haryani@pts.com.my
Syok, Nurul Azura Mohd Tohid, emel: azura@pts.com.my

PTS Islamika Sdn Bhd.

Menerbitkan buku-buku agama dan falsafah
  • Ilmu Quran
  • Ilmu Hadis
  • Tafsir
  • Fikah
  • Akidah
  • Perbandingan Agama
  • Sejarah & Tamadun
  • Ibadah
  • Klasik Islam
  • Tasawuf
  • Syariah
  • Cerita-cerita Islam

Hubungi:
Buku rujukan popular, En. Rohidzir Rais, emel: rohidzir@pts.com.my
Buku amalan dan karya klasik, En. MD. Amirol Ibrahim, emel: amirol@pts.com.my


PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Menerbitkan novel popular dan novel terjemahan
Hubungi:
Novel sejarah, En. Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri, emel: bahar@pts.com.my
Novel terjemahan Indonesia, Faslin Syarina Salim, emel: faslin@pts.com.my
Novel remaja, Nor Adilah Riduan, emel: adilah@pts.com.my

PTS Net Media Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku-buku komputer dan teknologi
Hubungi:
En. Mohd Sallehudin Md Yusuf, emel: salleh@pts.com.my

PTS Darul Furqan Sdn Bhd
Menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan Tafsir al-Quran
Hubungi:
En. Fariz Firdaus Abdul Talib, emel: farizfirdaus@pts.com.my

PTS POP Sdn Bhd
Menerbitkan KOMIK, novel grafik dan buku fiksyen
Hubungi:
Novel, Wan Muhammad Haeqal W. Husin, emel: haeqal@pts.com.my
KOMIK, Wan Zuhairi Wan Zainuddin, emel: wanzu@pts.com.my

  1. Berapakah royalti yang diberi PTS?
    1. Penulis dibayar royalti berdasarkan jualan
    2. Kadar royalti adalah seperti berikut:
    • 7% daripada harga runcit buku (5,000 naskhah yang terjual)
    • 10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskhah yang terjual)
    • 11% daripada harga runcit buku (10,001 naskhah ke atas yang terjual)


ok ,a macam ??complete tak ?? bolehlah korang berkarya sekarang ye ~ aku pon nak buat novel jugak ,nama pena aku nanti aku letak AyuThia Lala , hmm , hehe , tapi sekarang ni aku takboleh berkarya lagi , aku kena focus untuk PMR dulu , heee , doakanlah aku





dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Contest Mata Paling Kebabom!




aku , dengan rendah diri aku nak join contest ni ! ok , aku bukanlah perasan mata aku cantik ke apa ke , tapi , macam menarik je contest ni , tu yang aku join tu, hihihi ,aku nak letak 3 gambar untuk kak farzana farzanto pilih , huhu , aku tak yakin sangat menang sebab aku bukannya kategori artis popular pon , cuma nak 
mencuba je , nah , gambar aku kat bawah

mata yang macam alien




stop ! sya tahu mata saya kepelikannya terserlah sebab mata sya nampak berair , oh , mata saya memang macam orang baru lepas nangis ,.;DD , saya tahu contest ni contest mata kan , dah nama pon contest mata mestilah kena mekap sikit mata tu , tapi saya tak reti , hmm , entah boleh menang ke tidak tak mekap mata ni , hah , kalau korang nak join kan , korang harus :

  1. Jadi follower Farzana Farzanto. supaya senang kak farzana nak inform apa2 pasal contest ni. lepas contest ni abes, nak unfollow dye balik pon takpa.
  2. Kena LIKE page ni CLICK SINI. sebab hadiah korang datang daripada sana.
  3. Pemenang contest ni akan ada DUA orang.
  4. Make an entry about this Contest. tarok gambar yang korang nak taruh kan sekali. lepas buat entry, tinggalkan link entry korang dekat komen entry ni.
  5. Gambar2 korang tak boleh lebih dari paras dada. sebab contest ni FOKUS kepada MATA. tak kisah berapa keping korang nak taruk, tapi aku akan pilih SATU jea okay?
  6. Tag kepada 3 rakan blogger korang.
  7. Letak banner di side bar blog and link kan terus ke entry ni.
  8. Gambar2 tu,kak farzana akan upload kat page yang dye suruh korang LIKE tadi. Picture yang dapat most LIKE photo akan menang.
  9. Korang akan dapat sepasang CONTACT LENS sebagai hadiah pada setiap pemenang dan ada hadiah rahsia lagi satu. haaa. nanti kak farzana akan update pasal hadiah rahsia tu.
  10. Penyertaan BERMULA pada 17 April hingga 17 Mei 2011. 
tu je syarat2 dia , senang kan ?? apalagi , join lah ! ok, sekarang aku nak tag 3 orang :








dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Bahtera Nabi Nuh Dijumpai !

Korang dah tau dah cerita pasal bahtera Nabi Nuh dijumpai ?? Aku pon baru je tahu , ketinggalan zaman betulkan , isk isk , kesian aku , hah ,ni mesti ada yang taktau lagi ni kan , k , aku nak kongsi lah ni , layan ~


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

HONG KONG – Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Pesanan Penganjur >>> Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
“Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu,” kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.
kredit : kosmo.com.my

Korang rasa apa iktibar yang korang boleh dapat hasil daripada berita ni ?? Kalau aku lah kan , inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T , apa yang berlaku pasti ada hikmahnya , maybe Allah nak sedarkan manusia2 macam kita yang sentiasalalai mengingatiNya . Subhanallah .







dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Bila Henset Tak Berbunyi




lalala ~ lama jugak fon aku ni tak berbunyi ke bergetar ke melompat lompat ke , kalau dulu , ada je yang nak mesej , syakira,. amalina , fara elya , hashira , and banyak ah , tak boleh kira, tapi sekarang tatau lah , taknak berbunyi pulak , sebab tak berbunyi , aku tinggalkanlah henfon aku merata rata , kadang2 bila geram tuh ada la jugak terfikir nak buang kat sungai ke , masuk dalam tong sampah ke , baling kat atas tar jalan raya nu ke , buat eksperimen bedah2 ke , bakar dia hidup2 ke , sebab , senang la nanti kalau mana2 lelaki yang gatal2 tu mintak nombor , boleh la aku cakap , *henfon saya dah lama bersemadi , kalau nak mesej ke , nak kenal ke belikan saya sebijik henset paling mahal kat dunia* hah , confirm2 diorang tak sanggup punya lah kan , eh , tapi kalau diorang beli macamana ?? gunalah peluang , apalagi , jual balik henset tu dapat duit , meniaga lah apa lagi ! hahaha *evil laugh* serius kot aku rasa nak buang dua2 henset aku yang tak berguna tu , tapi karang kalau mak aku dah taknak kasi beli henfon macamana ?? kan gawat tuuuu ><



dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Macamana Nak Jaga Muka ?


Hari ni aku ada cerita nak kongsi dengan korang , kalau nak tahu , time aku form 2 muka aku tetiba naik jerawat pipi kanan kiri , time tu memang aku gelabah gila la , rimas , semua ada , yela , bila nak basuh muka ke nak ambil air wuduk ke rasa macam berbiji , so , rimas la kan , memang macam2 cara aku buat nak bagi elok balik , so , 1st step aku pergi jumpa doktor , dapat ubat pakai sebulan , dah , stop , lepas tu aku pakai pulak sabun sebamed , sebamed ni aku beli kat farmasi , sabun dia macamni



ok , dah elok2 guna tu , tetiba naik balik , so , aku pon belilah tidact *sampai sekarang kalau aku ada jerawat,aku cepat2 bubuh*


hah , sabun sebamed tu aku berhenti pakai sebab mahal doh , so , bila ku dengar cerita pasal sabun papaya , aku beli n try , kesan dia memang gempak , kulit aku jadi ok n ok lah , hehe 





hah,.macam betik kan?? hehe , ok , first2 korang pakai memang lah rasa pergh , sakit , berbekas semua kan , tapi jangan stop dulu , tunggu seminggu , lama2 ok lah , bila pakai sabun ni , kulit korang licin macam baby beb ! haa , sabun ni aku pakai tiga kali sehari , waktu pagi , waktu nak mandi malam , n waktu nak masuk tidur , okeh , and time korang dok cuci2 , gosok2 , sental2 muka korang dengan sabun tu , korang selawat lah sikit , bagi dapat berkat , hah , lagi 1 , jangan kasi muka korang berminyak , cara ?? ok , nak bagitahu lah ni , korang beli span , span apa ?? tengok bawah







hah , nampak tak ?? span untuk bedak , k , pastikan korang calit sikit bedak kat span tu kasi dia licin , jangan banyak sebab nanti nampak macam muka korang pakai bedak , hah , dah ada sapan tu , pastikan span tu sentiasa ada kat poket korang , letak je dalam bekas beg dompet ke apa ke kan , nahh , aku tahu korang kalau tiba2 jerawat datang , mesti korang mengadap cermin , lepastu geram n picit , betul tak ?? eh , salah cara korang tu , nanti berlubang muka tu tak cantik tau , laa , dah tak tengok n picit nak buat apa pulak , hah , mesti korang fikir macamtu kan , cara dia senang je , jangan usik ! jangan tengok cermin ! and , bila malam , lepas korang pakai sabun papaya tu, korang sapu lah tidact tu , paham ?? wait , dah ada jerawat tu mestilah gatal ye tak ?? stop ! jangan garu muka korang guna kuku korang yang macam mak lampir tu . korang dah ada span kan ?? hah , korang tonyoh perlahan lahan macam nak pakai bedak dekat tempat yang gatal tu , ok ?? senang kan cara dia ?? ;) bendaklah kat atas ni aku amalkan sampai sekarang , mana dapat petua ni ?? deyyy tanggeciii ,. aku reka sendiri lah , khas untuk aku and korang =) cuba jangan tak cuba nohhh , 


dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Kamera Lomo



Eh, pernah dengar pasal camera lomo tak ?? Haa , buat sesiapa yang tak pernah dengar tu aku cerita serba sedikit pasal camera jenis ni , ok , camera ni . First, camera ni nampak macam mainan tau, tak caye ?? nak tengok ??


hah, apa macam ?? sejibik macam mainan kan ?? apa ?? takminat ??macam budak2 ?? eh , tunggu duluu, dengar pulak function dia , efek dia memukau beb ! lebih memukau daripada kamera nikon and canon . tapi kan , camera ni belum ramai yang tahu sebab tu jarang2 nampak , yang kita selalu nampak cuma DSLR or COMPACT , kan kan kan ?? hah , kalau dengan camera ni , jangan fikir , snap terus bahh ! lagi satu , aku tahu ramai yang nak jenis camera yg bagus tapi tak kesampaian sebab mahal kan ! tapi , lomo ni boleh dapat di pasaran dengan harga serendah RM 200 ! *promote* . Nah, secara ringkasnya , camera ni KAMERA ANALOG , diulangi , analog, paham ?? haha , korang mesti fikir kamera ni pakai kodak je kan ?? eh , lu mesti mau tahu, camera ni ada dua jenis filem . Negative film and positive Slide film . filem-filem ni plak ada banyak jenis and banyak effect. oh , tak suka jugak ?? Hmm , jap , nak tengok camera lomo yg jenis stylo punya tak ?? 



stylo dok ??


haha , hmm , bagi lelaki mestilah nak camera yang smart2 kan ?? ni haa camera lomo yang bagi wa manyak smart ah !

smart ?? belilah ~


and , bagi permpuan yang nak style gedik , eceh , kuang asam mulut aku ni , hehhe ,pembetulan , yang jiwa dia lembut macam spongebob , try tengok kat bawah 

cantik kan ;)







dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Apa ni ??



Koraaannnggg :( cuba tengok dekat sebelah kanan ke kiri blog aku ni haa , kenapa label blog n fb tuka jdi *upgrade to pro today* , siapa2 yang tahu ,plis tolong betulkan :(



dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Apa Pilihan Korang



Nampak tak tanda soal kat atas ? Haa , bendaklah tu penuh menari-nari, joget-joget kat kepala aku sekarang , aku sekarang ni tengah confuse nak masuk kelas aliran apa form 4 nanti , kalau aku masuk kelas science , peluang pekerjaan memang la cerahkan , tapi ramai yang tak boleh bwk , aku ni dah la tak minat science pulak , ok , kalau aku masuk kelas akaun , nanti kalau tak dpt jalan penyelesaian untuk debit kredit tu , macamana aku nak hidup menghdap benda tu je ?? aha , ok , aku rasa nak masuk kelas latihan kejuruteraan , tapii , kawan aku kata , kelas ni sama je macam kelas akaun , ada kira2 gak , huhu , koraaanngg , tolong , tolong aku buat keputusan n tolong kasi tahu pengalaman kalau masuk kelas sc , akaun , latihan kejuruteraan , please ? :)



dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Pendek Itu Comel ;DD




Hey , korang tak tahu ke pendek itu comel ?? Haha *Act,untuk sedapkan hati je , Haa , kalau korang nak tahu lah kan , aku ni pendek2 je orangnya , mm , kecik2 macam tu la lebih kurang , tapi nak kata pendek sangat tu taklah kan , tinggi aku 152 cm saja , pendek ke ?? Entah la , tapi orang selalu ejek aku pendek =,= hah , sebut pasal ejek ni , hmm , nak tahu cerita tak ?? ok , baca dialog di bawahApiz - Hai , boleh kenal

Aku - Kau nak apa ?? Aku tak kenal kau

Apiz - Awak ni comel la cute la ,

Aku - Aku tak kenal kau la , 


ok , lepas tu berlaku sedikit pertengkaran kecil , 

dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Jangan Mencarut



Muda mudi zaman sekarang *bukan aku , aku dah tua =P sering mencarut apabila mereka berasa bengang , mrah , tercabar , tapi kadang2 benda yang dorang bengang sangat tuh sebesar kuman je haih , pelik , tu pon nak mencarut , ok , contoh :

Budak A : Bengong gak ko ni kan

Budak B : Pehal aku lak yang bengong doe ? !! F*ck , kau lah !

ok , nampak tak betapa teruknya bahasa mereka sekarang ? Pendek kata , orang Malaysia memang suka mencarut , aku suka dengan orang sabah dan sarawak , mereka punya bahasa tak rosak macam bahasa kita ,lembut je bahasa dorang , contoh :

Kamu kenapa bah ??

Haha , sedap tak ?? hee , aku nak korang tahu satu benda . . . 


Hari ini sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik ,
fikirkan tentang sesorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.



dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

Kenapa Begini




Aku sering mengeluh akan nasib aku . Kenapa ?? Korang , aku tanya korang sikit , apa perasaan korang kalau korang disisihkan ? Tak kiralah kecik besar tua muda or sibling , parents , cousin ? Mesti korang rasa stress , tertekan gila2 kan and benda tu buat korang jadi pendiam and hilang keyakinan , betul tak ?? Kalau tak betul , korang bukanlah manusia :) Aku sering terasa dengan semua tu , kadang2 ada rasa nak buat benda2 yang tak masuk akal , tapi , disebabkan aku ni dikurniakan akal oleh ALLAH S.W.T , aku berjanji akan menggunakannya dengan sebaik2nya macam aku jaga henset aku =P hahahahahaha , untuk kuatkan jati diri aku , tabahkan hati aku , aku sering mengingatkan diri aku dengan falsafah ni

Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta . Dan 
ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, 
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhanbahawa kamu 
masih hidup !


p/s : aku perlukan nasihat daripada korang :)


dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee

BEG !!!


Korang nak tahu tak , aku hilang beg aku , eh jap , hilang ?? hmm , tak sesuai , tertinggal , haa baru sesuai , hehe =P. ok , korang tau tak , minggu lepas punya lepas lagilah lepas aku ikut bapak aku pergi prtpustakaan negara , aku bawak beg pink , dalam beg tuh macam macam adaa , hee , tapi , korang tau kan kalau pergi perpustakaan negara , kita tak boleh bawak masuk beg kan ?? haa , disebabkan tak boleh , aku pon dermalah , eh silap , upah laa makcik jaga kat situ jagakan beg aku , baran2 dalam beg tuh semua aku keluarkan , yelah , kalau tak keluarkan ,aku nak buat apa ?? haha , and , yang tak senonohnya , aku tertinggal beg aku , huhu , sedih?? tak langsung , haha =P , ok , time balik kan , aku dengan selamba badak naik kereta terus blah , dah sampai rumah baru aku ingat yang beg aku tak ada , haha , lawak ><  hee , ayah aku dah membebel aku senyum jelah kan , hihi , mak aku cakap padan muka , =,= , minggu depannya pulak aku pergi lagi sekali perpustakaan negara , niat di hati memang lah nak pergi amek beg , tapi kad nombor tertinggal plak , so , lupakan jelah , and , maybe beg aku tu akan terus bersemadi diperpustakaan negara sebab aku dah malas nak pergi sana , hebat mun , hebat !




INILAH DIA BEG TERHORMAT AKU , EH JAP , BUKAN BEG AKU , GAMBAR NI AKU CILOK KAT INTERNET JE , AKU PUNYA BEG WARNA PINK PEKAT AND BULLABONG BUKAN NIKE 







dah seronok baca rajin2 lah tekan like , hee